Merupakan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti
PPIK bertindak sebagai pusat sehenti dalam bidang ICT bagi meningkatkan mutu hidup masyarakat luar bandar. PPIK membolehkan mereka(komuniti) berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu dan melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik seperti Kerajaan Elektronik (e-Government), e-dagang dan pembelajaran menerusi e-learning dengan menggunakan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan.